Isnin, 10 Ogos 2009

Penganggur didakwa bunuh isteri guna cerek elektrik

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh isterinya dengan menggunakan cerek elektrik di sebuah hotel, bulan lepas.

Zul Fikar Aly Moideen, 34, didakwa membunuh Zubaidah Aboo Bucker, 31, di bilik bernombor 308, Hotel Kepong, Batu 6 1/2, Jalan Kepong, di antara pukul 5.30 pagi dan 6 pagi, 29 Julai lepas.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Tertuduh yang berasal dari Slim River, Perak, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Shazlinidayu Kamarul Bahrin menetapkan 10 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah K. M Abu Bakar manakala Zul Fikar tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan: