Rabu, 19 Ogos 2009

PAS Perak mohon guna stadium untuk adakan demo bubar Dun

Kepada :
Dato' Haji Roshidi Haji Hashim
Datuk Bandar Ipoh,
Majlis Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Abdul Jalil,
30450 Greentown, Ipoh.

(No. Fax : 05-253 7396)

Y.Bhg. Dato’;

MOHON JAWAPAN KEBENARAN MENGGUNAKAN STADIUM PERAK, IPOH UNTUK MENGADAKAN HIMPUNAN BUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PERAK PADA 17 OKTOBER 2009

Merujuk perkara tersebut di atas dan surat kami bertarikh 11 Ogos 2009 / 20 Syaaban 1430 adalah berkaitan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak masih belum menerima sebarang jawapan kebenaran menggunakan Stadium Perak, Ipoh seperti maksud di atas.

Pihak kami mengharapkan Y.Bhg. Dato’ dapat memberikan jawapan dengan kadar segera untuk memastikan himpunan ini mengikut saranan Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Pihak kami juga amat kesal jika permohonan kami akan ditolak oleh pihak Y.Bhg. Dato’ tidak sepertimana yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dan juga Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.

Sekian dipohon, terima kasih.

Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Perak

Tiada ulasan: