Ahad, 23 Ogos 2009

PAS Lapor Polis Fitnah Keatas Ustaz Salleh

Wartawan Buletin


PERMATANG PAUH - Ekoran tuduhan fitnah keatas Calon PAS Ustaz Salleh Man yang di paparkan dilaman blog bigdotdot.com, satu laporan telah dibuat semalam. (Gambar - Dato' Mahfudz mempamirkan salinan report polis kepada pihak media)

Bekas Ketua Penerangan Pulau Pinang, Zulkifli Mat Lazim telah membuat satu laporan polis dibalai polis Bukit Mertajam.

”Hari ini beliau datang dengan satu laporan polis, yang dia telah buat di Balai Polis Bukit Mertajam, membuat satu report yang mengatakan satu fitnah,

”dan meminta pihak polis mmbuat satu siasatan keatas mereka yang membuat laporan (fitnah) berkenaan,”kata Pengarah Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz di Markaz Besar, disini semalam.

Kelmarin Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah membuat penafian berkenaan perkara tersebut.

Mujahid telah menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim mendakwa Ustaz Salleh Man menggelapkan wang parti.

Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Tiada ulasan: