Sabtu, 29 Ogos 2009

Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM

BERNAMA


PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa 1 September ini.

Abdullah yang merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya akan menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang memutuskan untuk melepaskan jawatan berkenaan.

"IKIM di bawah kepimpinan Tun Abdullah akan terus menjadi satu institusi yang berjaya dalam merangka dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman Islam," menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dihantar ke Bernama menerusi e-mel, hari ini.

Pelantikan Abdullah akan dapat menyemarakkan lagi usaha IKIM meningkatkan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan umat Islam dan bukan Islam.

Tiada ulasan: