Rabu, 26 Ogos 2009

Nasib Chua ditentukan malam ini?

MALAYSIA KINI


Majlis Presiden MCA akan bermesyuarat malam ini, kemungkinan untuk membincangkan keputusan siasatan jawatan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Loi Lek berhubung kes skandal seks.

AKhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh melaporkan spekulasi majlis tersebut besar kemungkinan mengesahkan keputusan jawatankuasa disiplin dan mengenakan hukuman menggantung Chua selama tiga tahun.

Jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Pengadu tersebut, Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu telah mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Pembantunya mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa Chua akan menghadiri mesyuarat malam ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada Chua akan dibenarkan mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut yang akan membincangkan keputusan siasatan jawatankuasa disiplin terhadapnya.

Tiada ulasan: