Ahad, 9 Ogos 2009

Muhyiddin: Pelajar boleh teruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris

Haraakahdaily


PERTH - Pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata isu itu turut dibangkitkan oleh rakannya dalam Kabinet dan beliau mahu memberi kelegaan kepada ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mengenainya.

"Kami membincangkan perkara itu," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir hari Ahad.

Muhyiddin berkata pelajar yang mula belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris akan terus diajar dalam bahasa itu, dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk menjawab soalan peperiksaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

"Mereka (ibu bapa) tidak perlu bimbang," katanya.

"Saya mahu memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bimbang. Kami mengguna pakai pendekatan berlembut...memberi peluang untuk bergerak secara perlahan-lahan ke dalam sistem baru," katanya. _

Tiada ulasan: