Isnin, 10 Ogos 2009

Lawan H1N1 dengan solat hajat dapat sambutan

SIASAH DAILY


KUALA LUMPUR - Gesaan 'Menteri Kesihatan' PAS melalui Siasah yang disiarkan Jumaat lalu mendapat sokongan dari semua pihak. Sejak itu, masjid-masjid seluruh negara mulai menganjurkan solat hajat bagi melawan H1N1.

Anggota Parlimen Pendang, Dr Mohamad Hayati menggesa kerajaan dan masyarakat negara ini mengambil dua pendekatan tambahan untuk melawan H1N1 yang kini sudah meragut lebih 26 nyawa.

Pendekatan itu adalah membekalkan ubat yang banyak untuk melawan deman ke klinik kerajaan dan swasta di samping hospital serta mempastikan harganya semurah mungkin.

Pendekatan kedua khasnya untuk umat Islam adalah mengadakan solat hajat di semua surau dan masjid untuk memohon kepada Allah swt agar dijauhkan dari penyakit yang cepat merebak ini.

Hari ini media melaporkan arahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir yang mengarahkan semua masjid menganjurkan solat hajat untuk melawan H1N1.

Sementara itu, PAS Perak telah mengarahkan semua 24 kawasan PAS di Negeri Perak mengadakan program Solat hajat khusus secara serentak di seluruh negeri Perak pada malam Jumaat 13 Ogos akan datang.

Keputusan itu disampaikan dalam Mesyuarat dan taklimat kepada semua Ketua penerangan PAS Kawasan di Pejabat PAS Perak di Ipoh pada 4 Ogos lepas, kata Ketua Penerangannya, Drs Khalil Idham Lim.

Program bermula sejak sembahyang maghrib di tempat yang ditentukan sendiri oleh PAS Kawasan mengikut kesesuaian.

Selepas Sembahyang diadakan taklimat dari pihak Jabatan kesihatan setempat untuk memberi kesedaran kepada jemaah mengenai Selsema Babi.

Perkara ini amatlah penting memandangkan tahap kesedaran rakyat khususnya yang beragama islam mengenai wabak ini masih rendah, katanya.

Tiada ulasan: