Khamis, 27 Ogos 2009

Kesemua mangsa banjir di Langkawi dibenar pulang

BERNAMA


LANGKAWI: Semua 188 orang dari 40 keluarga mangsa banjir yang melanda Langkawi akibat hujan lebat dan air pasang besar sejak Isnin lepas, dibenar pulang ke rumah masing-masing semalam setelah banjir surut.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Langkawi, Ahmad Che Noor berkata, mereka yang dibenarkan pulang adalah dari 29 keluarga seramai 149 orang yang ditempatkan dipusat perpindahan di Sekolah Menengah Kedawang dan 11 lagi keluarga seramai 39 orang dari pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat.

"Bilik Gerakan Banjir Langkawi akan ditutup hari ini apabila semua mangsa pulang ke rumah masing-masing," kata Ahmad semasa dihubungi.

Beliau berkata, semua keluarga mangsa banjir turut diberi hamper makanan dan barang keperluan harian seperti gula, beras dan minyak untuk dibawa pulang.

Tiada ulasan: