Jumaat, 21 Ogos 2009

Kempen suram suatu strategi?

Ditulis oleh Te@M I.T


PERMATANG PASIR - Tinggal empat hari sahaja lagi para pengundi Permatang Pasir keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat mereka, namun suasana pilihan raya kecil dun Permatang pasir masih lagi berada dalam keadaan yang agak suram.

Rata-rata jalan raya di sekitar sembilan daerah unit peti undi Dun Permatang Pasir kurang meriah dihiasi bendera-bendera parti yang bertanding.

Adakah ini bermakna kedua-dua belah pihak menjalankan strategi kempen secara internal atau bersifat dalaman atau lebih tepat dikatakan sebagai
kempen rumah ke rumah bagi mendekati pengundi.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua pihak menggunakan kaedah yang sama setelah mengetahui keberkesanannya hasil pengalaman pada pilihan raya kecil lalu.

Ada yang berpendapat Umno-BN masih bergantung kepada strategi utamanya yang dirasakan mendatangkan kesan yang optimum iaitu membeli undi.

Tidak hairanlah dalam tempoh kempen yang masih tinggal lima hari sahaja lagi, terdapat sumber yang menyatakan bahawa kegiatan beli undi sudah
bermula dengan harga RM300.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati kehadiran polis dan ketiadaan pondok polis pada kali ini mengundang tanda tanya di kalangan pemerhati
politik sejak pilihan raya kecil yang pertama diadakan pertama kali di parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Ini merupakan suatu perkembangan yang menarik apabila kelibat mereka tidak kelihatan di sekitar kawasan pilihan raya kecil ini.

walau bagaimanapun mereka tetap mendirikan pusat operasi mereka iaitu Martek di Sungai Pelet.

Menurut sumber, pada kali ini seramai 3,000 orang anggota polis ditugaskan pada pilihan raya kecil ini.

Namun mereka ini sukar dikenali kerana tidak mengenakan pakaian seragam rasmi, apatah lagi pondok polis yang menjadi balai pos mini polis tidak
diletakkan label.

Mereka ini hanya duduk di meja di bahu-bahu jalan, dengan sebahagian besar daripada mereka ini tidak memakai seragam.

Mungkin ini merupakan salah satu daripada strategi yang dirangka pihak berkuasa, yang dilihat agak berbeza berbanding tiga pilihan raya kecil
sebelum ini.

Bukan itu sahaja, suasana kempen pada kali ini seolah-olah agak sepi melainkan berlaku serang-balas beberapa kali di medan media sahaja.

Tiada ulasan: