Rabu, 12 Ogos 2009

Kelantan sambut Ramadhan dengan solat hajat H1N1

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU : Kerajaan negeri Kelantan akan menyambut Ramadhan tahun ini dengan solat hajat beramai-ramai untuk menghindari wabak H1N1.

Solat hajat akan diadakan pada 1 Ramadan bermula pukul 4.00 pagi, iaitu sebelum sahur hari pertama puasa bagi menangani kes selesema H1N1 yang kini menggerunkan rakyat di seluruh negara.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata majlis berkenaan akan diadakan di Padang Perdana sebelum sahur iaitu hari Sabtu sebagai permulaan menyambut kedatangan Ramadan.

H1N1 kini menjadi pendemik kepada negara apabila kira-kira 40 orang sudah mati akibat penyakit yang cepat merebak ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menasihatkan agar majlis keramaian di tempat terbuka ditangguhkan buat masa ini.

Kerajaan negeri Selangor telah menangguhkan banyak programnya termasuk pelancaran Jelajah Ilmuwan yang bakal dirasmikan Menteri Besarnya 15 Ogos ini.

PAS pula melalui Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar telah mencadangkan agar diadakan sidang khas Parlimen mengenainya.

Anggota Parlimen Pendang yang dilantik sebagai 'menteri kesihatan' dalam kabinet bayangan Pakatan Rakyat, Dr Mohd Hayati Othman pula mencadangkan diadakan solat hajat besar-besaran seluruh di samping pembekalan ubat selsema yang banyak dan murah oleh kerajaan.

"Penyakit selesema ni kalau kita baca melalui surat khabar, ianya akan menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira batasan darjat keturunan, bangsa dan agama, bahkan istana pun dia (selesema babi) landa," kata Nik Aziz.

Selain berikhtiar untuk menghindarkan diri dari wabak tersebut dengan menjaga kebersihan atau seumpamanya, hanya pada Allah tempat sebenar-benarnya untuk memohon pertolongan dengan menunaikan solat hajat atau berdoa, katanya.

Doa untuk mangsa H1N1

Dalam masa yang sama beliau turut mendoakan kesejahteraan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar serta lima orang anakanda baginda yang kini sedang dirawat akibat dijangkiti Infulenza A (H1N1) itu cepat sembuh.

"Kita berharap semua rakyat Kelantan juga turut mendoakan kesihatan banginda dan anakanda-anakanda baginda agar cepat sembuh dan pulih sedia kala,"ujarnya lagi.

Ketika ditanya adakah kerajaan negeri bercadang untuk meminta kakitangannya memakai 'topeng keselamatan' bagi mencegah penyakit itu beliau berkata sekiranya pegawai kesihatan menasihati ianya perlu berbuat demikian, kerajaan negeri akan mengikutinya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat seluruhnya supaya sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan dari penyakit itu selain berusaha cara lain.

"Yalah nak cegah dengan cara lain tu buat la, tetapi doa pada Allah itu amat penting kerana penyakit berkenaan sebenarnya bala Allah terhadap semua manusia ekoran perlakuan mereka yang menyimpang dari kehendakNya,"ujarnya lagi.

_

1 ulasan:

Ross Safina Hor berkata...

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari virus H1N1 ini. Ameen...

Salam...

Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
Insyaallah...PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.

Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.

Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT...
Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.
PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:

Kencing Manis
Gaut
Penyakit Kelamin
Sinus
Tekanan Darah Tinggi
Obesiti
Penyakit Kulit
Keputihan bagi wanita
Tahap Ketahanan Badan Rendah
HIV Positif
Batuk
Demam
Selsema
Tonsil(Sakit Kerongkong)
Radang Sendi
Sakit Urat

Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
(Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4836922)

PENGEDAR DIPERLUKAN DISELURUH MALAYSIA.
www.PROTECUR.COM

Wasalam...