Ahad, 30 Ogos 2009

’Kedai Mee Sedap’ Batu Rakit Jual Makanan Kepada Orang Islam Sejak Jam 11 Pagi

Wartawan Buletin


SETIU – Agak memalukan apabila ada orang Islam bukan sahaja tidak berpuasa, bahkan bebas membeli makanan dan minuman disiang hari dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco Agama di negeri ini.

Sebuah kedai bukan Islam yang dikenali dengan gelaran ’kedai mee sedap’, terletak berhadapan Masjid AsSalam Batu Rakit, tanpa segan silu menjual makanan kepada orang Islam sejak jam 11.30 pagi lagi.

Malah sebuah akhbar tempatan melaporkan kedai tersebut turut menjadi tumpuan ’kaki ponteng puasa’ dari luar kawasan berkenaan.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pantai Batu Rakit, Zainaldin Ismail, 36, ketika dihubungi mengaku mengetahui tentang aktiviti kedai tersebut menjual makanan kepada umat Islam di bulan Ramadhan bermula sejak tahun lalu.

Mengulas isu berkenaan beliau berkata, pihak berkuasa perlu memandang serius masalah ini.

”Sepatutnya pihak berkuasa melancarkan operasi di semua kedai makan yang dikenal pasti menjadi tumpuan umat Islam membeli makanan secara terbuka,

”peniaga makanan bukan Islam pula sepatutnya memberikan kerjasama dengan mematuhi peraturan dan tidak menjual makanan dan minuman kepada umat Islam lebih-lebih lagi secara terbuka pada bulan Ramadan ini.”katanya

Menurutnya JKKK tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kerana kuasa yang diperuntukkan adalah terhad.

Sementara itu, salah seorang ’kaki ponteng puasa’ ditemui berkata, pelanggan beragama Islam boleh membeli makanan dengan mudah di premis tersebut termasuk ’membuat panggilan telefon’,menghubungi mereka terlebih dahulu sebelum datang mengambilnya kemudian.

Tiada ulasan: