Sabtu, 1 Ogos 2009

Himpunan ISA: Laluan utama ke KL ditutup

BERNAMA


KAWAL...Polis mula mengawal keselamatan dengan menutup beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur. Ia dilakukan bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.

Menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur, antara jalan yang ditutup sejak 8 pagi termasuk laluan di kedua-dua hala Lebuhraya Seremban-Sungai Besi, Jalan Kelapa Gading, Jalan Mahameru, Dataran Merdeka, Jalan Travers dan jalanjalan berhampiran Istana Negara.

"Ada berlaku kesesakan tetapi tidak kritikal. Mungkin kerana hari ini ramai yang tidak bekerja," katanya.Polis telah ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas.

Dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), yang mahu ISA dikekalkan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Tiada ulasan: