Ahad, 16 Ogos 2009

H1N1 ragut 14 nyawa di Selangor

BERITA HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Sehingga Khamis lalu, Selangor mencatat 14 kematian berikutan jangkitan virus Influenza A (H1N1) dengan melibatkan 584 kes yang disahkan sebelum ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar.

Menurutnya, 584 kes tersebut termasuk pesakit yang keluar dari hospital yang mana kes kuarantin rumah serta yang masih dalam rawatan.

“Sehingga semalam, kita dapati Selangor sudah mencatat 14 kematian ekoran daripada virus maut itu yang mana melibatkan 584 kes termasuk pesakit yang sedang dirawat kini,’’ katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Dr Xavier berkata, mesyuarat yang diadakan semalam, melibatkan pegawai-pegawai daerah dan pegawai kesihatan dari seluruh negeri bagi membincangkan isu berkenaan H1N1 serta menyebarkan maklumat mengenainya untuk masyarakat negeri ini.

“Mesyuarat yang diadakan ini untuk panggil penghulu, ketua kampung, persatuan rukun tetangga dan persatuan peniaga bagi memberi maklumat terperinci berhubung isu ini supaya dapat disebarkan kepada penduduk tempatan.

“Langkah ini membantu orang ramai mendapatkan informasi lebih terperinci bagi mengambil langkah awal mengelak daripada terjebak dengan jangkitan virus ini,’’ katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bertanggungjawab membuat kawalan serta memantau semua sekolah di negeri tersebut termasuk tadika-tadika yang terbabit dalam kes berjangkit itu.

Berikutan itu, Dr Xavier berkata, pihaknya mengarah tutup semua sekolah yang terbabit dalam kes berkenaan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Sekarang kita mengarah tutup semua sekolah yang terlibat dalam kes ini, tanpa menunggu sebarang arahan yang dikeluarkan pihak kementerian,’’ katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengarah tutup kesemua sekolah terutama yang terlibat dengan peperiksaan besar termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, setakat ini terdapat 35 sekolah di negeri tersebut telah diarah tutup, namun sehingga hari ini hanya terdapat dua buah sekolah sahaja ditutup termasuk di kawasan Shah Alam.

Katanya, pihaknya akan mengarahkan pihak hospital di negeri tersebut menjalankan ujian sapuan tekak kepada pesakit yang mengalami batuk-batuk apabila datang membuat rawatan.

1 ulasan:

Ross Safina Hor berkata...

Salam...

PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...

Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.

Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.

Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…

Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:

Kencing Manis
Gaut
Buasir
Penyakit Kelamin
Sinus
Tekanan Darah Tinggi
Obesiti
Penyakit Kulit
Keputihan bagi wanita
Tahap Ketahanan Badan Rendah
HIV Positif
Batuk
Demam
Selsema
Tonsil(Sakit Kerongkong)
Radang Sendi
Sakit Urat
Jerawat/Jeragat

Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
(Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)

PENGEDAR DIPERLUKAN DISELURUH MALAYSIA.

http://www.protecur.com/

Wasalam…