Isnin, 17 Ogos 2009

A (H1N1): 2 lagi kematian dicatatkan

MSTAR ONLINE


GEORGETOWN: Dua lagi kematian dicatatkan akibat Influenza A(H1N1) membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan warga emas lelaki berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini meningkat kepada 64 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 384 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 4,225 kes.

Tiada ulasan: