Isnin, 3 Ogos 2009

Guan Eng dakwa komennya disalah lapor

BERNAMA


PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mendakwa komennya semalam mengenai bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak bernilai RM300 juta telah disalah lapor oleh Bernama.

Beliau berkata laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita itu seolah-olah memberikan gambaran yang beliau menyokong penuh pembinaan bangunan mewah itu, yang didakwanya telah disalah lapor.

Laporan itu memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau kagum dengan bangunan baru itu dan bahawa Sarawak mempunyai keupayaan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur.

Laporan itu tidak betul, kata Lim dalam kenyataannya yang dikeluarkan di Kuching dan dihantar melalui emel kepada media di Pulau Pinang semalam.

"Laporan itu tidak betul dan salah. Apa yang saya katakan dalam Bahasa Malaysia berbunyi begini Bangunan ini menarik perhatian. Yang menarik (perhatian) saya adalah pembentukan modal insan dan sumber manusia seperti dalam bidang pendidikan.

Adalah penting sekolah dapat bekalan eletrik kerana apa gunanya komputer tanpa bekalan eletrik. Penetration (kemudahan) untuk jalur lebar (broadband) di Sarawak adalah 13 peratus. Saya lebih berminat memberikan tumpuan kepada aspek menaikkan kadar penetration broadband atau jalur lebar ini."

Tiada ulasan: