Isnin, 17 Ogos 2009

Beri potongan tol musim perayaan

UTUSAN ONLINE


RAUB – Kerajaan menyarankan pengendali lebuh raya memberi potongan bayaran tol kepada pengguna sepanjang musim perayaan akan datang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, saranan itu bertujuan mengurangkan rasa tidak puas hati pengguna lebuh raya yang terpaksa menghadapi kesulitan sepanjang musim itu.

Tegasnya, pengendali perlu bertindak adil kerana lebuh raya akan menjadi sesak akibat peningkatan kenderaan sehingga mengakibatkan pengguna tidak dapat sampai ke destinasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.

‘‘Contohnya, pada musim perayaan pengguna lebuh raya terpaksa mengambil masa antara empat hingga lapan jam bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh sedangkan ia hanya mengambil masa dua jam setengah pada hari biasa.

‘‘Mereka perlu adil dan bertimbang rasa terhadap kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pengguna apabila terpaksa menghabiskan banyak masa di atas lebuh raya,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Raub di sini hari ini.

Tiada ulasan: