Isnin, 3 Ogos 2009

Ahli SAPP kecewa kerenah presiden

BERITA HAROAN ONLINE


KOTA KINABALU: Lebih 1,000 pemimpin akar umbi dan ahli daripada kaum Bumiputera Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendakwa bosan dengan kerenah Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, mempersenda perjuangan politik mereka, akan meninggalkan parti itu dan menyertai Umno menjelang hujung September ini.

Kekecewaan mereka terhadap Yong dibuktikan apabila 210 ahli SAPP dari empat cawangan dalam Parlimen Sepanggar menyertai Umno semalam kerana kecewa dengan tindakan pemimpin itu menikam Barisan Nasional (BN) dari belakang apabila bertindak keluar daripada BN Sabah pada 17 September tahun lalu.

Ketua Umno bahagian Sepanggar, Jumat Idris, berkata maklumat lebih 1,000 pemimpin dan ahli SAPP berkenaan sudah dikumpulkan sejak beberapa bulan lalu dan akan dibawa menyertai Umno menjelang Aidilfitri.

"Mereka menemui saya saya dan pemimpin Umno bahagian untuk menyatakan sudah bosan dengan pimpinan Yong yang menikam BN dari belakang,” katanya.

Tiada ulasan: