Ahad, 16 Ogos 2009

A(H1N1): 3 lagi kematian dicatatkan

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat Influenza A (H1N1) menjadikan kematian akibat wabak itu kini meningkat kepada 62 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dua daripada tiga kes tersebut lewat mendapat rawatan.

"Kementerian akan menyiasat punca di sebalik kelewatan itu," katanya.

Liow berkata, sebanyak 283 jangkitan baru dikesan menjadikan jumlah kes kini meningkat kepada 3,857 kes.

Seramai 33 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi sementara 213 pesakit ditempatkan di wad biasa.

Liow turut memberi amaran kepada sesiapa yang dijangkiti wabak itu tetapi tidak mengasingkan diri dan menyebarkannya kepada orang lain boleh dikenakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara.

Tiada ulasan: