Selasa, 4 Ogos 2009

Adun Terengganu direman

Oleh Rosli Abdul Jalil


CHUKAI: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat kelmarin, direman selama lima hari mulai semalam.

Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga Jumaat ini ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai meminta wang sogokan berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad.

Kelmarin, Adun terbabit bersama-sama dua rakan ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

Berita Harian difahamkan, ketika ditahan, anggota SPRM menemui wang tunai RM5,000 pada Adun terbabit.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengawasi aktiviti ketiga-tiga lelaki terbabit sejak awal tahun ini dan penahanan Ahad lalu dipercayai selepas transaksi keempat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, ketika mengulas penahan Adun terbabit berkata jika ada perlakuan rasuah sama ada individu daripada Umno, Pas, DAP atau Parti Keadilan Rakyat sekalipun, SPRM tetap akan mengambil tindakan.

"Itu jaminan saya berkenaan dengan peranan sebenar SPRM, dan saya langsung tiada sentimen dalam soal ini," katanya.

Tiada ulasan: