Khamis, 6 Ogos 2009

6,000 belajar percuma di asrama

BERITA HARIAN ONLINE


PORT DICKSON: Seramai 6,000 pelajar dari keluarga miskin kini belajar secara percuma di sekolah berasrama penuh (SBP) seluruh negara melalui projek khas yang diwujudkan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi, berkata kementerian mewujudkan projek khas itu untuk membolehkan pelajar dari sekolah terpencil dan keluarga miskin dapat memasuki SBP.

"Mereka ditempatkan di semua 57 SBP seluruh negara dengan diberi pelbagai kemudahan seperti bantuan buku teks, pakaian serta biasiswa dan dikecualikan daripada membayar yuran makan serta bayaran asrama.

"Ini adalah antara usaha kerajaan membantu pelajar dari keluarga miskin mendapat akses kepada pendidikan berkualiti seperti ditetapkan dalam enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NRKA)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Program Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas SBP Kementerian Pelajaran 2009 di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, pemilihan pelajar miskin untuk memasuki SBP tidak terhad kepada pelajar yang memperoleh keputusan 5A dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi ada di antaranya memperoleh keputusan lebih rendah seperti 4A 1B.

Tiada ulasan: