Sabtu, 25 Julai 2009

Wujud skandal baru dalam kes Teoh

MSTAR ONLINE


SHAH ALAM: Satu skandal baru telah wujud dalam kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian, Teoh Beng Hock, baru-baru ini.

Dokumen yang menunjukkan data-data wang peruntukkan yang disalurkan kepada organisasi dan individu yang tidak wujud oleh beberapa ahli exco Selangor telah disiarkan di internet.

Bagaimanapun, semua pertuduhan itu dinafikan oleh Ronnie Liu yang merupakan salah seorang ahli exco tersebut.

Dokumen tersebut yang memaparkan nama-nama individu terlibat, nombor cek dan baucer peruntukan pembangunan daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri itu telah disiarkan dalam sebuah blog bernama “Truth for Teoh Beng Hock” (http://t4tbh.blogspot.com) semalam.

Dua nama ahli exco tersebut dikatakan sedang di bawah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran telah menyalahgunakan duit rakyat, turut dinyatakan di dalam blog itu.

Tujuh orang ahli Pakatan Rakyat juga dilaporkan disiasat di atas kesalahan penyalahgunaan wang peruntukan pembangunan.

Mereka ialah Teresa Kok (Wakil rakyat Kinrara), Ean Yong (Seri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (Subang Jaya), Lau Weng San (Kampung Tunku) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Teresa Kok, Ean Yong dan Elizabeth Wong adalah merukan ahli exco. Teoh merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong.

Blog tersebut turut menyatakan, ada juga syarikat-syarikat yang dibayar menggunakan invois palsu untuk projek yang tidak wujud menggunakan peruntukan-peruntukan tersebut.

Setiap wakil rakyat telah menerima RM500,000 dalam peruntukan pembangunan.

Blog itu juga menyatakan, Teoh telah dipaksa untuk melibatkan diri dalam skandal ini dan dia telah membuat salinan untuk kesemua baucer tersebut dan menyimpannya di dalam cakera padat di mana salinan tersebut telah diberi kepada sesoerang untuk disimpan dengan selamat.

Tiada ulasan: