Rabu, 8 Julai 2009

Tuan AZIZ mula berkempen


TUAN AZIZ (kanan) berbual dengan penduduk sambil minum di warung ketika berkempen di Kampung Temalir, Kuala Krai semalam.


BERKEMPEN. Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat menghabiskan masa berkempen dengan bertemu dan bermesra dengan pengundi yang tinggal di sembilan kawasan pusat mengundi di DUN tersebut.

Tuan Aziz memulakan kempen selepas sembahyang subuh dengan memasuki kampung-kampung sambil bersarapan bersama pengundi di warung-warung dan restoran.

Beliau berkata, kempen itu digunakan untuk bertemu dan mengambil tahu masalah penduduk di kawasan yang dilawati.

"Saya cukup gembira dapat bersama-sama penduduk kampung termasuk di kalangan pengundi muda tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika ditemui di Kampung Temalir, Kuala Krai semalam.

Tiada ulasan: