Ahad, 19 Julai 2009

Tiada syarat untuk Chua Jui Ming sertai Pakatan Rakyat - Anwar

Muhammad Arif Ismail


BANDAR SUNWAY - Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) yang juga merupakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada syarat yang ditawarkan untuk Dr Chua Jui Ming menyertai Pakatan Rakyat dan KeADILan.

"Perkara ini sangat penting untuk disahkan bahawa tiada tawaran yang dibuat kepada beliau untuk menyertai parti Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan kemasukan bekas naib Presiden MCA dalam satu forum yang diadakan di Hotel Sunway Resort dekat sini semalam.

Forum yang bertajuk 'Truth Behind Scandals' telah dianjurkan oleh parti KeADILan telah dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi KeADILan.

Katanya "kita lihat beberapa kenyataan beliau, saya ucapkan terima ksih kerana menerima Pakatan Rakyat walaupun tanpa sebarang syarat ditawarkan".

"Oleh itu, tidak berbangkit soal Dr Chua akan diberikan kerusi tertentu sebagai satu syarat untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat," jelas beliau.

Dalam sidang media yang sama, beliau ditanya adakah parti itu akan tawarkan satu jawatan dalam KeADILan kepada bekas menteri kesihatan itu.

katanya, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan majlis tertinggi parti sebelum mendapat kata putus dari Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. - mns_

Tiada ulasan: