Sabtu, 25 Julai 2009

Rumah Mawi dipecah masuk empat perompak

MSTAR ONLINE


JOHOR BHARU: Empat pencuri memecah masuk rumah penyanyi popular Asmawi Ani di Felda Taib Andak, Kulai Jaya pada pukul 4 pagi tadi.

Ketika kejadian,ibu Mawi, kakak sulung, abang ipar dan lima ahli keluarga yang lain sedang tidur ketika kejadian rompakan tersebut berlaku.

Perompak terbabit berjaya melarikan, telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas.

Salah seorang ahli keluarga yang melihat kelibat perompak terbabit segera menelefon polis.

Pihak polis yang menerima panggilan tersebut bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengejar suspek sejauh 5 kilometer hingga ke ladang kelapa sawit yang berhampiran.

Bagaimanapun, perompak terbabit mengacukan parang kepada polis untuk menyelamatkan diri.

Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi mengelakkan keempat-empat perompak terbabit daripada melarikan diri.

Dua daripada empat perompak yang terkena tembakan tersebut mati di tempat kejadian sementara dua yang lain berjaya melarikan diri.

Tiada ulasan: