Jumaat, 24 Julai 2009

Rakyat Selangor disaran tunjuk bakat cipta lagu SPIES

Saidah Hairan


KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal insan, Dr Halimah Ali memaklumkan tarikh tutup penyertaan pertandingan mencipta lagu SPIES dilanjutkan daripada 24 Julai ke 27 Julai.

Ini berikutan katanya, untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan tersebut.

Menurut beliau, tujuan pertandingan lagu itu untuk mengumpulkan lagu-lagu terbaik bagi menyokong modul-modul SPIES dan mencungkil bakat-bakat baru dalam mengubah lagu dan lirik terutamanya di kalangan generasi muda masa.

Pemenang pertandingan ditawarkan dengan wang tunai sebanyak RM 13,000 iaitu lagu terbaik RM 5,000, lirik terbaik RM 5,000 dan persembahan terbaik RM 3,000.

10 lagu terbaik akan dipilih ke peringkat akhir untuk dipersembahkan secara langsung oleh artis yang dipilih peserta dengan iringan minus 2.

Sesiapa yang berminat menyertai pertandingan itu hubungi wakil atau hantar penyertaan dalam bentuk CD audio kepada pihak urusetia sebelum atau pada 27 Julai.

Pertandingan Mencipta Lagu Tema S.P.I.E.STM Nasyeed Edutainment Sdn Bhd 23 Jalan Lawan Pedang 13/27 Tadisma Business Center 40100 Shah Alam Tel : 03-55121352 Fax : 03-55131351 _

Tiada ulasan: