Ahad, 12 Julai 2009

Pulau Pinang juga kurangkan kadar lesen peniaga, penjaja kecil 50%

BERNAMA


PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang turut bercadang untuk mengurangkan kadar bayaran lesen kepada peniaga dan penjaja kecil sebanyak 50 peratus seperti yang diiumumkan perdana menteri semalam bagi peniaga di dalam Wilayah Persekutuan.

Ketua Menterim Lim Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri, Chow Kon Yeow untuk mengkaji perkara tersebut.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat sempena 100 hari beliau menjadi perdana menteri, yang antara lain pengurangan 50 peratus kadar bayaran lesen sedia ada dan lesen baru untuk peniaga dan penjaja kecil di dalam Wilayah Persekutuan.

"Peniaga kecil di negeri ini tidak akan dipinggirkan dan kita akan mencari jalan untuk membantu mereka menghadapi kemelut ekonomi sekarang," kata Lim semasa berucap di Festival Buah Pulau Pinnag 2009 yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Balik Pulau dekat sini hari ini.

Beliau berkata, jika sekiranya pengurangan kadar itu bola dilaksanakan di negeri ini, ia boleh dimulakan tahun depan.

Tiada ulasan: