Rabu, 15 Julai 2009

Pertama kali sekolah Agama Persendirian mendapat bantuan

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Buat pertama kali sekolah- sekolah Agama persendirian di negeri Selangor telah diberi bantuan kerajaan Negeri sebanyak RM2 juta untuk bantuan baik pulih infrastruktur.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali memaklumkan bagi fasa pertama bantuan sebanyak RM1.5 juta telah diagihkan pada 24 buah sekolah pada 3 Julai lalu.

Menurut beliau, bentuk bantuan yang diberikan berupa bantuan baikpulih sebanyak RM4 juta.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan latihan Literasi ICT untuk guru-guru sekolah agama, bagi meningkatkan kemahiran guru-guru tentang ICT dan menggalakkan guru-guru untuk membina bahan pengajaran mereka dengan menggunakan ICT

Manakala bagi sekolah Menengah Cina Persendirian kerajaan telah memberi bantuan sebanyak RM500 ribu telah diagihkan pada empat buah sekolah pada 27 Jun dan telah disempurnakan oleh Menteri Besar di Pin Hwa High School.

Sementara itu katanya bagi sekolah-sekolah Cina bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan baikpulih iatu sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan tersebut.

Beliau berkata, pemberian diutamakan untuk membaikpulih bilik darjah prasarana seperti dewan dan tandas, serta pembaikan bangunan sekolah.

Menurut beliau, mesyuarat pemilihan yang pertama telah diadakan pada Februari 2009 dan pemberian sejumlah RM2 juta dalam fasa pertama yang telah dirasmikan Menteri Besar.

"Sebanyak 25 buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah menerima sumbangan tersebut fasa kedua dijangka dilaksanakan pada Ogos lalu," katanya.

Bagi sekolah Tamil pula beliau memaklumkan, kerajaan negeri turut memberi bantuan pada sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seperti baikpulih infrastruktur, bantuan tambang bas kepada para pelajar miskin yang tinggal jauh.

"Kerajaan negeri telah menubuhkan 10 buah tadika di sekolah Tamil serta program untuk pelajar yang `slow learner' dan program peningkatan penguasaan bahasa Tamil," jelasnya.

Menjawab soalan lisan daripada Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan katanya, kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai perancangan untuk menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah kebangsaan kerana sekolah tersebut telah mendapat bantuan penuh daripada Jabatan Pelajaran.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kerajaan negeri ada memberi bantuan daripada segi program seperti SPIES kepada ibu bapa pelajar sekolah tersebut dan ia bergantung kepada permintaan PIBG sekolah./SH _

Tiada ulasan: