Khamis, 9 Julai 2009

Penyamun usung peti besi di siang hari

BERNAMA


KUANTAN: Seorang pengurus sebuah pasar Raya di sini kerugian wang tunai dan barangan berharga bernilai RM120,000 selepas peti besi di rumahnya di Air Puteh di sini dilarikan penyamun, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Pemangku Supt Zulkifli Taha berkata, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang ketika wanita berusia 40an berkenaan menghantar dua anaknya ke sekolah.

"Apabila pulang ke rumahnya, wanita berkenaan mendapati pintu bahagian hadapan rumahnya terbuka dengan kesan umpilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian memeriksa rumahnya dan mendapati peti besi yang diletakkan di dalam almari biliknya yang berisi wang tunai berjumlah RM20,000, barang kemas dan beberapa utas jam tangan telah hilang.

Wanita itu kemudian melaporkan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, katanya.

Zulkifli berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian itu mungkin melibatkan lebih daripada seorang.

Tiada ulasan: