Khamis, 23 Julai 2009

Penipuan fakta berita online lebih serius

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Paparan berita online didapati turut mengalami penipuan fakta dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Presiden Persatuan Blogger, Ahirudin Attan berkata, penipuan dalam Internet lebih serius berlaku berbanding akhbar disebabkan tiada pengawasan daripada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, penipuan ini sudah lama berlaku, pembaca harus berhati-hati dan berwaspada dengan setiap maklumat yang tidak tepat.

"Tanpa pengawasan pihak berkuasa, perkara ini akan berterusan tanpa dikawal mana-mana pihak.

“Saya cadangkan agar pihak bertanggungjawab mewujudkan sentiasa memantau pemilik berita dan blogger yang menyiarkan berita palsu ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam

Mengulas laporan akhbar tempatan yang didakwa menyiarkan berita palsu, Ahirudin berkata, jenayah kewartawanan berlaku disebabkan oleh kecuaian.

“Perkara itu mungkin berlaku disebabkan kecuaian editorial yang menyemak berita berkenaan mahupun wartawan itu sendiri yang ‘gila glamor’,” katanya.

Beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil pihak pengurusan bagi memastikan perkara itu tidak akan berulang pada masa depan.

“Pihak akhbar perlu bertanggungjawab memohon maaf kepada masyarakat kerana menyiarkan berita palsu dan tindakan juga perlu diambil terhadap wartawan terbabit," katanya.

Tiada ulasan: