Jumaat, 10 Julai 2009

Pengeluaran padi diletakkan dalam pakej rangsangan ekonomi

Muhammad Arif Ismail


SHAH ALAM - Bagi menjamin kesejahteraan hidup para petani, kerajaan Selangor meletakkan sektor pengeluaran padi dalam pakej rangsangan ekonomi negeri.

Demikian jawapan dari Ahli Dewan Negeri (Adun) Ijok yang juga merupakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab pertanyaan dari Adun Kuala Kubu baru, Wong Koon Mun.

Beliau menegaskan bahawa semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memasukkan penanaman padi ke dalam pakej rangsangan ekonomi negeri ialah untuk mempertingkatkan usaha pengeluaran padi.

"Kita merasakan ini penting dan hasilnya yang memuaskan. Kita berharap semua Adun tidak kira dari mana parti agar dapat menolong mereka supaya peningkatan padi itu akan memberi pulangan pendapatan yang lebih.

"Kita jangan harap hal ini berlaku di Sekinchan sahaja malah peningkatan padi dapat ditingkatkan di semua tempat dalam daerah Sabak Bernam," katanya. - mns_

Tiada ulasan: