Ahad, 26 Julai 2009

Pengeluaran Beras Mencukupi Menjelang 2020 - Johari Baharum

BERNAMA


JITRA -- Menerusi pembukaan beberapa lagi kawasan jelapang padi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh mulai tahun depan, negara dijangka dapat menghasilkan keperluan beras sendiri yang mencukupi menjelang tahun 2020, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.

Beliau berkata ini termasuk menerusi pemulihan kira-kira 100,000 hektar sawah padi di Padang Terap, Merbok dan Langkawi di Kedah yang berada di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Kawasan jelapang padi baru yang lain yang akan dimajukan ialah di Pahang Tua dan Rompin di Pahang, katanya.

"Kawasan-kawasan ini boleh ditanam padi dua kali setahun dan menghasilkan lebih 10 metrik tan padi sehektar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sinar Bahagia MADA D-II Tunjang, dekat sini Ahad.

Johari berkata sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan saliran baru di Pahang Tua yang meliputi kawasan sawah seluas 1,200 hektar dan di Rompin pula seluas 9,600 hektar.

Tiada ulasan: