Selasa, 28 Julai 2009

Penduduk bawa isu Kampung Buah Pala ke Unesco

Athi Shankar


Wakil penduduk Kampung Buah Pala, K Murugan , tiba di London semalam untuk membawa isu yang melanda kampung tersebut ke peringkat antarabangsa.

Esok, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy akan menemani Murugan untuk membawa isu Kampung Buah Pala kepada pejabat warisan Unesco di Paris.

Langkah itu diharap akan meningkatkan lagi tekanan masyarakat antarabangsa ke atas pihak berkuasa berkenaan di Pulau Pinang, terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengekalkan kampung tradisional India itu.

Repretasi Murugan itu dipercayai akan memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri DAP Pulau Pinang kerana ia boleh menjejaskan status George Town sebagai bandaraya warisan - status yang sama dengan bandaraya Melaka.

Murugan, bagaimanapun, menafikan bahawa tindakan penduduk itu akan menjejaskan status George Town, semata-mata kerana mahu mengekalkan Kampung Buah Pala sebagai sebuah kampung warisan.

"Kami tidak berniat untuk menjejaskan status George Town sebagai sebuah bandaraya warisan dunia. Tetapi kami mahu kerajaan negeri tahu bahawa ia telah gagal melakukan secukupnya untuk mengekalkan kampung kami sebagai warisan negeri.

"Ramai rakyat Pulau Pinang gagal menyedari bahawa Kampung Buah Pala sebenarnya terletak dalam George Town," katanya kepada Malaysiakini dari London.

Tiada ulasan: