Isnin, 20 Julai 2009

Pemuda PAS ucap syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucapkan syabas dan tahniah diatas persembahan pasukan bolasepak Malaysia dalam perlawanan persahabatan dengan Manchester United yang berkesudahan 3-2 Sabtu lalu.

"DPPP juga merakamkan sekalung tahniah diatas kegigihan pemain serta jurulatih dan pasukan Malaysia memberikan saingan sengit kepada pasukan Juara Liga Perdana Inggeris itu," kata Mohd Sany Hamzan, Ketua Jabatan Kesenian Kebudayaan dan Sukan (DACS) DPPP.

Katanya, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh pemain pasukan Malaysia membuktikan pasukan bimbingan jurulatih K Rajagopal mampu mempamer keazaman dan semangat juang yang tinggi berdepan dengan pasukan yang dibarisi bintang ternama dunia tersebut.

Katanya, DPPP juga berharap pasukan Malaysia akan memberikan saingan yang lebih sengit dalam perlawanan persahabatan kedua yang dijangka diadakan pada malam ini.

"Rakyat Malaysia juga diharap dapat memberikan sokongan yang padu terhadap pasukan Malaysia pada malam ini," ujarnya. - mr _

Tiada ulasan: