Rabu, 1 Julai 2009

Pemuda PAS dan Umno pula adakan perbincangan

MALAYSIA KINI


Sementara pemimpin kanan PAS menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno, dewan Pemudanya pula hari ini mengambil langkah baru dengan mengadakan perbincangan ilmiah dengan pergerakan Pemuda Umno.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen hari ini.

Nasrudin berkata, beliau menghantar surat jempatan kepada Razali untuk mengadakan wacana ilmiah berhubung isu 'benarkah perjuangan Umno tidak bercanggah dengan Syariat Islam'.

Katanya, ia ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu pada 21 Jun lalu, yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.

Berikutan itu, Pemuda Umno Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz pada 25 Jun.

Langkah pertama ke arah itu, katanya, sekretariat Pemuda PAS akan menemui Pemuda Umno untuk membincangkan tarikh, masa, tempat dan format wacana tersebut.

Tiada ulasan: