Ahad, 19 Julai 2009

Pemimpin Hindraf umum tubuh Parti Hak Asasi Manusia

Oleh G. MANIMARAN


KLANG: Pemimpin pertubuhan Hindraf yang diharamkan tahun lalu secara rasmi mengumumkan penubuhan entiti politik baru - Parti Hak Asasi Manusia.

Hindraf pula akan terus berperanan sebagai pertubuhan bukan kerajaan.

Ia diumumkan oleh salah seorang pemimpinnya, P. Uthayakumar yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di sini sebentar tadi.

Katanya, parti itu terbuka kepada semua kaum dengan fokus kepada aspek hak asasi manusia.

Uthayakumar berkata, permohonan mendaftarkan parti itu telah dikemukakan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 18 Jun lalu.

"Berdasarkan kelulusan yang diberikan dalam tempoh dua minggu kepada sebuah parti Mei lalu, permohonan kami seharusnya sudah terima kelulusan sekarang," kata beliau pada sidang media.

Beliau juga mengumumkan parti itu sama ada menerima kelulusan atau tidak akan bertanding di 15 kerusi Parlimen dan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tiada ulasan: