Ahad, 12 Julai 2009

Pelan induk saliran bandar atasi hakisan, banjir di Selangor

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali berharap kerajaan Selangor membuat lebih banyak pelan induk saliran bandar dalam Rancangan Malaysia ke-10 bagi menangani masalah kerosakan akibat hakisan dan banjir.

Katanya, pelan induk itu telah dilaksanakan di bandar Klang dan Sungai Buloh dan kedua-dua bandar itu kurang mengalami masalah banjir walaupun hujan lebat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berhubung kaedah menangani banjir dan kerosakan infrastruktur di kawasan lokasi hilir dengan banjir kilat.

Menurut beliau kerajaan perlu peruntukkan lanjut untuk pembaikan dan pemulihan sungai yang berlaku tiga tahun sekali.

"Mengenai banjir sejak akhir-akhir ini kita dapati hujan agak luar biasa. Ini kerana dunia telah mengalami perubahan cuaca yang berlaku dengan hebat di Kutub Utara dan Selatan akibatnya Malasyia turut menerima kesannya," kata beliau.

Tambah beliau, ini menyebabkan kerosakan tetapi pada masa yang sama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) selain mengenal pasti sungai tersebut, JPS telah melakukan pelan induk saliran bandar memastikan kawasan bandar yang padat penduduk, kawasan perindustrian terjejas teruk dapat diatasi. - lanh _

Tiada ulasan: