Jumaat, 3 Julai 2009

PAS: Pemuda Umno 'ganas'

MALAYSIA KINI


Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP kawasan parlimen itu yang sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

Seorang pemimpin pergerakan itu juga "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di pasar malam Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS negeri Sofi Wahab.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," katanya.

"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."

Menulis di blognya dengan tajuk 'Pemuda Umno ganas serang pemimpin DAP dan PAS', Sofi berkata kumpulan Pemuda Umno bahagian itu kira-kira 40 orang bertindak kasar, termasuk memecah meja dan pemidang kecil.

Tiada ulasan: