Jumaat, 24 Julai 2009

PAS Harap Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Benar-benar Bebas

SM Noor


MARANG – PAS bersyukur kerana jamaah menteri hari ini akur dengan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berharap Suruhanjaya tersebut benar-benar bebas dan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh serta professional.

”Pakatan Rakyat telah bermesyuarat pada minggu lepas dan telah membuat satu keputusan supaya satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian ini,

”dan AlhamduliLlah, pada hari ini Suruhanjaya tersebut telah ditubuhkan dan kita mengharapkan Suruahnajya Diraja ini menjadi surahanjaya yang benar-benar bebas, dan professional sifatnya, untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,”katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Bulan Tarbiyah, disini, semalam.

Beliau berkata, PAS tidak berhasrat meletakkan sebarang andaian terhadap kes kematian misteri Teoh dan akan menunggu keputusan hasil penyiasatan oleh Suruhanjaya DiRaja tersebut.

Sehubungan itu, katanya, PAS berpegang dengan asas Islam yang membenarkan seseorang Islam menziarahi dan mengucapkan takziah terhadap kematian seseorang bukan Islam.

Menurutnya, kehadiran wakil PAS ke majlis ziarah takziah mendiang Teoh di Melaka adalah selaras dengan keputusan bersyarat Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan Sabtu lalu.

”kita meletakkan syarat, ziarah takziah dibolehkan, tetapi tidak boleh melibatkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama,” jelasnya.

Apabila ditanya berkaitan ahli PAS yang menyalakan lilin, beliau berkata PAS akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak Dewan Ulamak bagi menentukan pandangannya (terhadap perkara itu).

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Bulan Tarbiyah tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha, Haji yahaya Ali dan Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah

Tiada ulasan: