Isnin, 6 Julai 2009

PAS harap DAP Kedah akan rujuk semula

Naib Presiden: Kerajaan negeri Pakatan lebih baik banding Singapura

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Sambil menganggap kerajaan Pakatan Rakyat Kedah "lebih baik berbanding Singapura", Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin DAP Kedah akan kembali kepada ikatan pembangkang itu kelak.

"Saya berharap DAP (Kedah) akan kembali kepada Pakatan Rakyat satu hari nanti," kata beliau sambil menambah, diharap dalam waktu terdekat.

"harap dia (DAP) akan melihat kepada agenda (Pakatan Rakyat) yang lebih luas, menarik balik keputusan untuk keluar Pakatan," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah ketika dihubungi mStar Online.

Mahfuz menyatakan pendirian ini ketika diminta mengulas perkembangan semasa krisis Pakatan Rakyat Kedah.

Pada Rabu lalu, DAP Kedah memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat ekoran siri masalah yang belum menemui penyelesaian termasuk tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Setar.

Tiada ulasan: