Selasa, 7 Julai 2009

Pakatan Rakyat Selangor Tetap Utuh Satu Pasukan

TV SELANGOR


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetap utuh sebagai satu pasukan, walaupun gabungan dengan PAS, DAP dan Parti Keadialan Rakyat (PKR) baru dibentuk lebih setahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sering mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti gabungan sebelum melaksanakan sebarang dasar yang melibatkan rakyat.

Menurutnya, Jawatankuasa seketeriat yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat akan memberi pandangan masing-masing dan menetapkan sesuatu keputusan secara bersama.

"Pakatan Rakyat mempunyai seketeriat jawatankuasa yang mana setiap dua minggu ada perjumpaan, apa juga yang akan dibuat perlu berbincang dan berkumpul walaupun berbeza pendapat. berbincang diluar majlis adalah tidak baik tidaK menguntungkan mana-mana pihak," jelasnya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Ke-8 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.

Mengulas hubungan antara parti komponen Pakatan Rakyat Selangor, berikutan kemelut yang melanda Kedah baru-baru ini, Selangor sentiasa mengutamakan persefahaman di antara rakan-rakan yang lain.

Pada SUKSES kali ini, kerajaan negeri Selangor berhasrat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta untuk diketengahkan di peringkat negeri, seterusnya antarabangsa.

"sukan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat sukan atlet yang akan dapat mendidik untuk bertanding di peringkat negeri dan antarabangsa, selain itu sukses juga mampu merangka rancangan bakat pada sukan Sukma yang dianjurkan 2 tahun sekali," katanya.

Kejohonan Sukan ini menawarkan 313 pingat emas daripada 26 acara, meliputi 19 jenis sukan dan akan berlangsung selama sebulan, bermula 1 Julai lalu.

Pada majlis ini, Tan Sri Khalid turut beramah mesra dan menyampaikan cenderahati kepada setiap kontijen yang bertanding.

Tiada ulasan: