Ahad, 12 Julai 2009

Mana baik berniaga ikan atau rasuah ?

Wartawan Buletin


MANEK URAI – Bagi seorang anak muda Abdul Rahim Jusoh, 38, kata-kata pemimpin UMNO yang memperlekehkan profesyen ‘Tok Peraih Ikan’ adalah dianggap ‘hodoh’.

Beliau yang telah menjadi ‘Tok Peraih Ikan’ sejak 10 tahun lalu di pasar Gunong, Bachok berkata tidak patut perkataan-perkataan seperti itu keluar dari mulut pemimpin parti yang dikatakan mengutamakan rakyat.

”Kita boleh hidup, boleh ‘pelihara’ anak dan bini dengan menjual ikan, tidak patut pemimpin UMNO merendah-rendahkan calon PAS ‘Abe Uji’ seorang pemborong ikan,”katanya yang ditemui selepas majlis Himpunan Pemborong dan Penajaja Ikan Negeri Kelantan di pasar Laloh disini petang semalam.

Rakan sekerjanya Mat Kori Mat Ghani yang juga dari pasar yang sama turut hadir sebagai menyatakan bantahan kepada kenyataan pemimpin UMNO yang mengatakan seolah-olah Abe Uji tidak layak untuk menyaingi calon UMNO dalam pilihanraya kecil Manek Urai.

Mat Kori berkata, beliau berumahtanggga dan kini mempunyai empat orang cahayamata, adalah hasil dari perniagaan ikan yang diceburinya sejak 15 tahun lalu. (Gambar kanan - Rahim Jusoh dan Mat Kori)

Manakala Husin Hamid, 48, (gambar bawah) peniaga ikan dari pasar Tok Jembal, Kota Bharu berkata, beliau ‘kecil hati’ apabila pemimpin UMNO melontarkan kata-kata yang dianggapnya sebagai ‘menghina’.

”Saya sudah berniaga, menjaja ikan sejak 25 tahun lalu, enam anak saya besarkan dengan titik peluh hasil menjual ikan,

”tiga anak saya menjejakkan kaki ke universiti dan saya dapat membina rumah sendiri dengan pendapatan menjual ikan, apa hinanya seorang ‘Tok Peraih’?,”soal beliau.

Sebelum itu, dalam majlis yang sama, Pengerusi Peniaga Ikan negeri Kedah, Zulifli Bidin tidak setuju dengan anggapan bahawa Abe Uji tidak layak menyaingi calon UMNO dalam pilihanraya kecil Manek Urai.

Beliau dan tiga rakannya datang memberikan sokongan moral apabila membaca berita seorang pemborong ikan telah diberikan amanah oleh pemimpin PAS untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya.

”Saya telah berniaga ikan sejak kecil, saya tidak bersetuju dengan anggapan pemimpin UMNO, ia tidak adil dan tidak sepatutnya pemimpin UMNO berkata demikian,”jelasnya.

Turut berucap dalam Majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Azizi Nik Mat yang berkata, kerja menjual ikan adalah lebih baik dari kerja ‘rasuah’ yang menjadi amalan pemimpin UMNO.

Beliau berkata demikian sebagai resepon kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memperkecil-kecilkan profesyen calon PAS Abe Uji.
“Mana baik jual ikan dengan terima rasuah ? Parti dia (Muhyidin) ni sah terima rasuah, mana baik tetrima rasuah dengan menjual ikan ?

”Jual ikan ni halal, rasuah Islam pun kutuk, demokrasi pun kutuk, dia tak kata apa kerana dia berasa bangga dengan terima rasuah,”katanya.

Tiada ulasan: