Rabu, 29 Julai 2009

Lagi bantah Kosmo! dedah peribadi Yasmin

MALAYSIA KINI


Sekumpulan wartawan akan mengirim surat bantahan kepada kumpulan Utusan Melayu Berhad susulan penerbitan berita Kosmo! yang mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad.

Kumpulan wartawan itu yang diketuai Rose Ismail, bekas editor kanan New Straits Times, merancang mengirim surat itu kepada kumpulan akhbar berpengaruh itu yang menerbit Kosmo! jam 5 petang ini.

Isnin lalu, tabloid harian itu melaporkan pengarah filem itu dilahirkan sebagai Zulkifli Ahmad, seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

Tiada ulasan: