Ahad, 19 Julai 2009

KUIS Di Iktiraf Peringkat Antarabangsa

TV SELANGOR


Pemilihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai institusi pendidikan bahasa Arab oleh Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Saintifik dan Budaya Islam (ISESCO), merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengiktirafan itu telah meletakkan imej KUIS ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat pendidikan antarabangsa.

“Saya berharap dengan wujudnya pusat serantau ini, KUIS boleh menjadi lebih dikenali di peringkat antarabangsa dan mampu menarik kehadiran lebih ramai pelajar asing selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor hab pendidikan tinggi di Negara ini,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan dalam aktiviti memartabatkan pendidikan yang merupakan teras terpenting dalam pembangunan dan kemajuan negeri Selangor.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS berharap dengan wujudnya pusat serantau ini, KUIS mampu menarik lebih ramai pelajar asing, selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan tinggi di Negara ini.

Dalam pada itu, Rektor KUIS, Datuk Mohd Adanan Isman berkata, KUIS turut mengutamakan pencapaian kokurikulum bagi meningkatkan pembinaan kendiri pelajar.

Katanya, KUIS juga merupakan antara 19 institusi pengajian tinggi yang diberi kepercayaan oleh Kementerian Tinggi Malaysia, bagi mengelolakan dana pengajian lepasan Ijazah, Sarjana dan PHD, menerusi Program Rangsangan Ekonomi Ke-2.

Majlis hari ini menyaksikan seramai 904 graduan KUIS menerima diploma dan Ijazah masing-masing pada istiadat Konvokesyen ke-12 di kampus induk, Bandar Seri Putra, Bangi.

Daripada jumlah itu, seramai 345 adalah graduan Akedemi Islam, terdiri daripada 42 graduan sulung Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang, selain 118 graduan pengkhususan Syariah, Usuluddin, Al-Quran dan Sunnah, pengajian Dakwah, Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat serta Syariah & Perundangan Islam.

Seorang graduan, Mohd Saifuddin Muati, menganggap KUIS sebuah pusat pendidikan yang memuaskan dan mempunyai pensyarah-pensyarah yang berwibawa.

“Harapan saya sebagai bergelar graduan, saya akan menafaatkan kepada umat Islam dan mengajak orang Islam kembali bersatu seperti mana.
dizaman rasullullah dahulu,” jelasnya.

1 ulasan:

ikhmal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.