Ahad, 26 Julai 2009

Kira-kira 1,000 anggota PKR bahagian Silam sertai Umno

BERNAMA


LAHAD DATU: Kira-kira 1,000 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Silam, termasuk Exco Wanita Pusat PKR Siti Sarina Che Ismail, keluar beramairamai meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.

Penyertaan beramairamai bekas anggota PKR ke dalam Umno dibuat di sini malam ini diketuai oleh bekas anggota jawatankuasa perhubungan PKR negeri Sabah yang juga bekas ketua PKR Bahagian Silam, Hassan Malempeng.

Mereka bersamasama 23 orang bekas ketua cawangan PKR menyerahkan borang penyertaan masingmasing kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Hassan ketika ditemui berkata beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR secara sukarela selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan PKR yang tidak jelas, sebaliknya mereka yakin terhadap perubahan kepimpinan baru Umno.

"Saya yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan '1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.' Sebenarnya inilah yang dimahukan rakyat. "Jadi sebagai rakyat, saya bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada Najib melaksanakan apa juga yang diilhamkannya.

Sebenarnya sejak dahulu saya menyokong perjuangan Umno. Saya meninggalkan Umno dahulu kerana kepimpinannya yang tidak mendengar pandangan akarakar umbi," katanya.

Beliau berkata setelah melihat perubahan kepimpinan Umno sama ada di peringkat bahagian ataupun di peringkat tertinggi, keyakinan beliau muncul semula untuk berjuang bersama rakanrakan dalam Umno.

Hassan berkata beliau sukar untuk menjelaskan perjuangan sebenar PKR dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas, terutamanya berhubung siapakah sebenarnya tunggak utama dalam pakatan berkenaan.

Sementara itu, Siti Sarina, 48, pula berkata perjuangan PKR sekarang tidak lagi jelas dan seolaholah bukan lagi parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan bumiputera.

"Saya benar-benar yakin dengan pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri berbanding pakatan pembangkang yang masih kucarkacir dan saling bertelagah antara satu dengan yang lain," katanya.

Tiada ulasan: