Khamis, 9 Julai 2009

Khir sedia kerjasama jika SPRM siasat

UTUSAN ONLINE


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sedia bekerjasama sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung pembelian banglo miliknya di Seksyen 7 di sini.

Beliau membuat kenyataan itu berikutan tindakan Gerakan Anti Korupsi (Gerak) semalam yang membuat laporan kepada SPRM mengenai perkara tersebut berasaskan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

''Saya beli rumah itu pada tahun 2007, bukannya semalam. Beliau (Suee Lim) sebut sahaja RM24 juta. Peguam saya telah menghantar surat meminta penjelasan daripadanya dalam tempoh 14 hari.

''Jika dia tak jawab, kita akan failkan saman dan saya juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa jika ada siasatan dibuat selepas ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suee Lim dari DAP sebelum ini mendakwa banglo milik ADUN Sungai Panjang itu dianggarkan bernilai RM24 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut tidak mungkin mampu dibiayai Mohamad Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun sebagai Menteri Besar dan ADUN.

Tiada ulasan: