Khamis, 2 Julai 2009

Khairy belasah akhbar web Insider

MALAYSIA KINI


Khairy Jamaluddin Abu Bakar benar-benar marah dengan laporan sebuah laman web berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno sehingga mempertikaikan asas kewartawanannya.

Menulis di blognya malam tadi, ahli parlimen Rembau berkata, dengan berita dan rencana tersebut, Malaysian Insider menuju gaya laporan ala tabloid yang condong kepada maklumat separuh benar demi mengejar pembaca di alam siber.

Ketua Pemuda Umno mengulas berita sidang medianya berhubung usaha menganjurkan wacana Pemuda PAS dan Umno dalam "Khairy accuses Hadi Awang of being a Pakatan puppet" dan rencana susulan "Khairy, delusional or in denial?".

Kedua-duanya diterbitkan semalam.

Tiada ulasan: