Rabu, 8 Julai 2009

Isu PKFZ-Sembilan termasuk exco Selangor disaman

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menurut beliau, exco kerajaan negeri Teresa Kok membuat tuduhan dan disiarkan dalam akhbar Suara KeADILan dan sembilan yang lain Sun Media Corporation (The Sun); The New Straits Times Press (NSTP); Pelita Koridor Sdn Bhd; NPK Sdn. Bhd. (Penerbit Suara Keadilan); New Straits Times Berhad (NST); Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim.

Bagi tujuh defendan itu, Abdul Rahman menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta manakala dua lagi defendan iaitu Pricewater house Coopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pula dituntut membayar saman sebanyak RM2 juta.

Dalam sidang akhbar di lobi Dewan Negeri itu, katanya, saman yang telah difailkan melalui peguam Kamal Hisham Hasnal Rezua 3 Julai lalu termasuk memberi tempoh seminggu kepada pihak terbabit untuk menjawab tuntutan berkenaan.

Beliau mahu membersihkan imej yang telah tercemar kerana tuduhan pihak terbabit yang secara langsung mengaitkan saya mempunyai kepentingan dalam isu PKFZ.

"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya./SH

Tiada ulasan: