Rabu, 1 Julai 2009

Hutang hospital RM3 juta: Kerajaan BN cuai mentadbir

Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Tindakan pekerja asing yang lari daripada membayar berhutang sebanyak RM3.05 juta dengan semua hospital kerajaan satu kerugian besar kepada rakyat negara ini kata, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Anuar Tahir.

Katanya, ini juga menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal untuk mentadbir negara dengan baik dan jika mereka bijak tentunya duit sebanyak itu akan dikutip mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"Bagi saya ini satu kesilapan dan kecuaian. Jelas pemerintah terlepas pandang untuk mewajibkan majikan bertanggungjawab ke atas pekerja-pekerja asing yang berkhidmat dengan mereka," katanya.

Mmenuruit laporan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, tunggakan bayaran hutang oleh warga asing di semua hospital kerajaan sebanyak RM3.05 juta.

Perkara tersebut dijelas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirin dalam satu majlis di Subang.

Menurut Anuar, bagi mengatasi masalah tunggak hutang tersebut kerajaan perlu mengkaji kaedah untuk selesai masalah itu.

"Mungkin kita kena buat tindakan di mana setiap majikan perlu membeli insuran kepada pekerja asing supaya mereka boleh masuk di mana-mana hospital," katanya.

Katanya beliau mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah yang sesuai sama ada menerusi peraturan atau pindaan undang-undang dan sebagainya untuk mewajibkan para majikan bertanggungjawab dalam soal kesihatan.

Beliau berkata apabila tidak diwajibkan peraturan tersebut tentunya para majikan akan berlepas tangan begitu saja dan akibat daripada itu hari ini negara terpaksa menangung kerugian berjuta ringgit.- azm _

Tiada ulasan: