Sabtu, 11 Julai 2009

Guru Dan Petugas Sekolah Diberi Pelepasan Untuk Mengundi

BERNAMA


KUALA LUMPUR -- Guru dan petugas sekolah yang berdaftar sebagai pemilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, diberikan pelepasan untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil Selasa ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pelepasan itu diberikan berikutan hari mengundi di kawasan itu berlangsung pada hari persekolahan biasa.

Dalam kenyataan di sini, Sabtu, katanya, kemudahan pelepasan itu turut ditawarkan kepada guru dan petugas sekolah lain yang berdaftar sebagai pengundi Manik Urai tetapi bertugas di negeri lain.

Tiada ulasan: