Isnin, 13 Julai 2009

Guan Eng, penduduk Kampung Buah Pala berbincang Khamis ini

BERNAMA


PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan wakil Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala di pejabatnya Khamis ini bagi membincangkan masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di sini, Lim berkata pengerusi persatuan itu M. Sugumaran bersetuju mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kerajaan negeri bersama para wakil penduduk kampung itu.

Sejak beberapa tahun lepas, penduduk Kampung Buah Pala berusaha menyelamatkan kampung mereka yang dijadikan kawasan ternakan lembu dan dikenali sebagai "High Chaparral Pulau Pinang", daripada dijadikan kawasan projek pembangunan.

Tiada ulasan: